PENCARIAN DUIT RAYA BERMULA!!!!

Wednesday, September 2, 2009

APA ITU FIR

FIR umum dikenali dengan sinar kehidupan. Ini adalah sebahagian sinar yang tidak terlihat dari spectrum matahari dan juga diketahui sebagai sinar tidak nampak. Disebut sinar kehidupan kerana membawa kehidupan di bumi. Sampai hari ini berbagai perkembangan dan pembiakan di bumi terjadi kerana FIR dari sinar matahari. Sebagai contoh serangga, setelah bertelur serangga berharap matahari akan memanaskan telurnya sehingga menetas. Aktiviti ini dilakukan oleh FIR. Penyu laut pula bertelur dan menguburkannya di dalam pasir. Di bawah sinar matahari terutama kerana pemanasan oleh FIR telur penyu itu menetas. Jika tidak ada sinar matahari telur tersebut tidak akan menetas dan bumi menjadi dingin. Beberapa orang sanggup memulihkan diri dari penyakit ringan kerana produksi FIR mereka sangatlah kuat. Ini diketahui sebagai Qi Gong atau Healing Power Of Qi Gong. Secara fizikalnya, FIR wujud sinar yang tidak dapat dilihat oleh mata dan merupakan gelombang transverse sebagai bahagian dari spectrum elektromagnetik. FIR membias lurus dan disebarkan dan dipantulkan. Jika dikontrakan dengan tubuh yang mempunyai frekuensi resonansi yang sama, molekul cairan tubuh akan terionisasi dan FIR diserap oleh tubuh. Panas yang kita rasakan itu kerana adanya FarInfraRed.

EFEKTIF BAGI MANUSIA
Sekitar 70% tubuh manusia mengandungi air. Sel merupakan unit terkecil penyusunan organ tubuh manusia. Sel membentuk jaringan dan jaringan membentuk organ seperti hati, ginjal, jantung dll. Di dalam tubuh manusia peranan sistem sirkulasi sangat penting terutamanya sistem sirkulasi mikro. Jika ada masalah dalam sistem sirkulasi berbagai penyakit serius akan muncul. Getaran FIR yang berfrekuensi resonansi sama dengan tubuh manusia dapat masuk ke dalam tubuh dan mengaktifkan sel, melancarkan dan memperkuatkan sirkulasi. Sistem ini mengatur aliran darah FIR secara optimis melancarkan pengaliran darah dan mengaktifkan tenaga vital di dalam tubuh.

Berbagai aktiviti tubuh manusia berdasarkan atas nutrisi yang diambil. Nutrisi menyediakan tenaga untuk tubuh kita. Pada waktu yang sama sisa metabolisme yang dihasilkan setelah penyerapan nutrisi harus dibuang dari tubuh. Proses ini disebut metabolisme. Tahap metabolisme setiap orang menunjukkan tahap kesihatannya jika ingin sihat metabolisme adalah pada tahap yang baik. FIR dapat melancarkan pengedaran darah dan dapat meningkatkan metabolisme secara berperingkat. Dengan pengedaran darah yang lancar maka daya tahan tubuh akan meningkat, memperlambatkan penuaan dan meningkatkan vitalitas.

KEUNTUNGAN PRODUK FIR
Bio ceramic adalah bahan beku yang dapat menghasilkan FIR dalam jumlah yang besar. Di bawah keadaan dan suhu yang tertentu serta keunikan struktur molekul bahan ini dapat menghasilkan FIR secara terus menerus dengan panjang gelombang 6 - 14 mikron. Panjang gelombang ini amat diperlukan oleh tubuh. Jenis FIR ini tidak memberikan kesan negatif ke dalam tubuh manusia. Produk kesihatan FIR memberikan kesan positif bagi tubuh manusia iaitu menguatkan tubuh, menjaga kesihatan serta membantu meningkatkan daya tahan tubuh melawan penyakit. Terapi FIR ini sangat berbeza dengan kemoterapi. FIR juga sering digunakan sebagai fisioterapi di beberapa hospital atau klinik.

No comments:

Post a Comment