Tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa kehidupan di bumi ini bergantung pada sumber air dan oksigen. Beberapa makhluk yang dapat bertahan hidup di belahan bumi bahagian utara dan selatan telah menunjukkan pentingnya kehangatan yang diperolehi oleh Far Infrared Rays / FIR untuk meneruskan kehidupan. Bio ceramic merupakan produk yang diperbuat dari 70 jenis campuran mineral oksida seperti Silica Oksida (SIO2), Aluminium Oksida (AI2O2) dan mineral lain, Mineral ini kemudiannya dipanaskan pada suhu 1600°C, kemudian didinginkan. Setelah Bio ceramic ini didinginkan material Bio ceramic ini mampu memancarkan sinar merah jarak jauh / Far Infrared Rays (FIR) atau juga dikenali sebagai sinar kehidupan.
Gangguan pada “QI” akan mengganggu fungsi normal tubuh. Suhu normal tubuh manusia di antara 36 - 37°C. Ketika kita melakukan olahraga tubuh akan berpeluh dan menjadi hangat. Dalam proses ini, toksin dan racun akan dikeluarkan. Fakta menunjukkan bahawa material seperti pakaian dapat membuat tubuh menjadi panas dan berpeluh, namun tidak dapat memancarkan FIR untuk menyerap toksin dan racun tersebut. Hal ini disebabkan oleh hanya material yang mengandungi FIR sahaja yang memiliki kesan terpeutic (perbaikan) jika digunakan dalam jangka waktu panjang dimana tubuh manusia akan menerima manfaat kesihatan yang optimum.
Dr. Toshiko Yamazaki, MD yang berasal dari Jepun sekaligus pemilik klinik terapi di Jepun merupakan salah satu ilmuwan yang mengkaji teknologi Far Infrared Rays. Dalam salah satu bukunya yang berjudul “The Science of Far Infrared Wave Therapies” beliau menemukan terapi pengubatan dari kekuatan FIR. Selain itu, masih banyak penelitian yang dilakukan oleh FIR sebagai sinar bio genetik. Salah satunya oleh Prof. Tanji yang berasal dari Jepun yang melakukan penelitian terhadap tikus putih menunjukkan bahawa sel kanser dengan aplikasi FIR
dapat membantu mengupayakan sel kanser kembali ke sel normal. Inilah sebabnya dikatakan bahawa sinar bio genetik sungguh ajaib.
Para pengkaji dan spesialis dalam bidang kedoktoran mengatakan bahawa tubuh dapat berinteraksi dengan cepat untuk menyerap infrared. Dikatakan bahawa FIR dapat menyebabkan molekul air di dalam tubuh manusia bergetar dan menyebabkan reaksi penyerapan, menyebabkan suhu di bawah permukaan kulit menjadi meningkat. Ini melebarkan pembuluh darah dan membuang rintangan yang dapat mengganggu metabolisme, mengaktifkan jaringan untuk menghasilkan enzim dan pada akhirnya membantu meningkatkan kesihatan seseorang.








No comments:
Post a Comment